OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Tuesday, January 14, 2014

INI SEJARAH KITA - intro 2

Assalamualaikum...

In shaa Allah,seperti yang saya janjikan pada post sebelum ni,saya akan sambung lagi pasal ISK ni...okay,kali ni ada 2 point..saya nak share pasal 'KITARAN BODOH' dan 'HADIS LOGAM'..

Pernah tak anda mendengar mengenai 'KITARAN BODOH' ni??







cuba kita tengok, kita sekarang sudah berada pada kitaran yang mana,..kitaran pertama? kitaran kedua? kitaran ketiga? ataupun kitaran keempat??seperti saya sendiri,saya sudah pun berada pada kitaran kedua iaitu pada 16-30 tahun..sebelum ni, saya tak pernah sedar yang saya berada dalam kitaran bodoh sehingga lah kakak kt program tu cakap pasal ni..nampak kasar kan nama 'kitaran bodoh' tu.. setiap hari,setiap mggu asyik buat rutin yang sama.. pergi kelas, balik kelas, pergi kerja, balik kerja, rehat, main itu main ini, buat benda lagha..hujung mggu pula,tidur lambat la..bangun lambat.. keluar shopping la, sebab bagi kita hujung mggu tu la masa free nak rehatkan diri.. tapi ada tak masa yang diperuntukkan untuk Allah?? sebenarnya pernah tak kita terfikir, selama kita hidup ni, apakah sumbangan kita pada Islam? apakah yang kita dah buat untuk memartabatkan Islam? atau kita hanya Islam pada nama? dah berapa banyak usia yang kita bazirkan untuk duniawi sahaja?

 Sabda Rasulullah s.a.w : " Setiap hamba pada hari Kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana2 selagi dia belumselesai disoal siasat tentang 4 perkara: Pertama, tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu? Kedua, masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Ketiga, tentang harta, dari sumber mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat, tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"

Sahabat, soalan pertama yang diajukan ialah umur yang dihabiskan di dunia..adakah umur kita banyak dihabiskan untuk mengerjakan amal soleh ataupun melakukan maksiat ataupun masa berjalan dengan sia2 saja..Ingatlah bahawa masa tidak boleh ditebus kembali..




soalan kedua pula ialah mengenai usia remaja kita..apakah kita manfaatkan betul2 usia remaja kita??apakah yang kita buat di usia muda ini? Usia muda inilah waktunya untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, ilmu agama, kemahiran dan menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan amal2 soleh kerana persiapan yang sempurna nanti sebagai pengganti generasi yang terdahulu sebagai pemimpin dan pendidik yang berfikiran jauh... Sesungguhnya kejayaan dan kejatuhan sesuatu ummah bergantung kepada pemuda pemudinya, bila baik dan kuat dari segi akhlak,pemikiran, pengetahuan serta keimanan yang mantap dalam diri, maka majulah sesuatu umat tersebut.. Sebaliknya, jika runtuh akhlak dan keperibadian mereka, maka umat itu akan runtuh dan akan dipandang hina oleh masyarakat lain.

soalan ketiga yang akan ditanya adalah mengenai harta..dari sumber mana kamu perolehi dan bagaimana kamu menggunakannya? carilah harta dan rezeki yang halal. Jangan mencari rezeki yang haram seperti riba, rasuah, mengambil harta anak yatim dan sebagainya.. Masih ada banyak lagi kerja yang halal di dunia ini..dan bagaimana pula kamu membelanjakan harta tersebut?adakah kamu gunakan ke arah kebaikan atau pun membelanjakan harta untuk tujuan yang sia2?bagaimana kita ingin mendapatkan keredhaan Allah jika rezeki yang kita dapat itu adalah daripada hasil yang haram??bagaimana Allah akan menerima doa seseorang sedangkan apa yang dia buat.apa yang dia pakai dan makan adalah dari hasil yang haram??

soalan keempat yang akan ditanya ialah mengenai ilmu.. adakah dia beramal dengan ilmu yang dipelajarinya?? Apakah kita beramal dengan ilmu yang dipelajari? adakah ilmu yang kita ada kita gunakan ke arah kebaikan?? cuba fikirkan, adakah orang yang melakukan maksiat tidak berilmu? atau mereka tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari dan terikut dengan dorongan hawa nafsu..orang yang jahil pula akan ditanya mengapa mereka tidak mahu belajar dan menuntut ilmu?mereka tetap akan ditanya dan mendapat balasan diatas kejahilan mereka..



okay,sekarang saya akan masuk pada point yang kedua pula iaitu HADIS LOGAM..



Rasulullah s.a.w. bersabda: " Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"

faham tak maksud hadis ni??sebelum tu, tau tak apa sifat logam??

1. boleh dilentur dan dibentuk: sama juga macam kita..kita boleh dilentur dan dibentuk..macam mana nak bentuk diri kita?? melalui tarbiyah..

2. bersinar apabila digilap: macam kita, kita pun akan bersinar apabila digilap.. macam mana nak gilap diri kita?contohnya, kita tak confident bila bercakap kat depan, tapi bila kita practice, lama2 keyakinan tu akan wujud dalam diri kita..sama x macam logam??

3.keras: logam keras kan? kita pun ada sifat keras dalam diri kita. fitrahnya keras dalam diri kita. apabila kita ditimpa musibah, kita still survive sampai sekarang kan??sebab apa sebab sifat keras tu merupakan fitrah dalam diri kita..keras ni bukan bermaksud degil atau tidak mendengar nasihat tapi keras yang dimaksudkan adalah our strong will to survive..

4. cair: logam pun pasti akan cair bila ada something yang trigger dia untuk berubah..bila kita letak logam dekat api, logam tu cair kan??sama juga macam kita, kita pun mesti akan cair dengan sesuatu yang menyentuh hati kita..

'SIFAT' logam seolah-olah kelebihan, potensi atau keupayaan seseorang,. sekiranya sewaktu dia jahil, sifat itu akan menyokong jahiliyah, sebaliknya, sekiranya dia Islam, sifat itu akan menyokong Islam..

contoh yang boleh diambil ialah Saidina Umar.. sewaktu di zaman jahiliyah, beliau begitu tegas dan gunakan segala kelebihan beliau untuk menentang Islam..tapi, setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihan yang beliau ada semata- mata untuk menegakkan Islam.. Ini kerana beliau memahami Islam dengan sepenuhnya..Hebatnya seseorang semasa jahiliyah, in shaa Allah hebat juga mereka semasa Islam.. 




Nak tau tak beza antara faqihi dan faquhu? Kenapa Rasulullah menggunakan perkataan faquhu tetapi tak gunakan perkataan faqihi dalam hadis itu?Faquhu maksudnya faham manakala faqihi maksudnya tahu..bila seseorang memahami Islam dengan hati mereka, mereka tidak akan takut untuk berjuang di jalan Allah..tidak akan ada ragu2 di hati mereka untuk menegakkan agama Allah...contonya, Sumayyah, disebabkan beliau faquhu (faham), beliau sanggup mati syahid kerana keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Itulah faquhu yang Rasulullah sebutkan dalam hadis..Iaitu faham dengan sebenar-benarnya. 


saya rasa setakat ini dulu coretan saya pada kali ini..in shaa Allah akan ada sambungan mengenai ISK pada post seterusnya..seperti biasa jika saya ada tersilap, betulkan saya..


Selamat Menyambut Maulidur Rasul


sekian, Assalamualaikum :)

3 comments:

  1. Pertama skali.terima kasih karena sudi berbagi ilmu.
    Benar sesungguhnya ramai yang tidak menyadari bahwa mereka berada di dalam siklus bodoh. Makan, tido, kerja, then penat, lalu bsukaria.
    Mereka lari dari tujuan hidup mereka yg nyata yaitu abid dan khalifah
    Mahu skali sy bertanya, bagaimana utk keluar dari siklus bodoh ini?

    Semoga mereka termasuk sy diberikan petunjuk dan hidayah drpd ALLAH swt.
    Kepada saudari, Barakallahu fiykum .. teruskan berbagi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..terima kasih kerana sudi bertanya soalan tersebut..sebenarnya saya pun masih berada dalam peringkat untuk keluar dari kitaran tersebut..tidak dinafikan, memang susah untuk keluar daripada sesuatu yang kita sudah biasa lakukan bertahun tahun.. tapi yang penting hati kita kna kuat, niat kita kena betul, seperti yang saya terangkan dalam analogi bola besi, bila hati kita hanya pada Allah,pemikiran dan perlakuan kita hanya pada Allah.
    Allah berfirman dalam surah Al Hadid (57:28) :Wahai orang2 yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya (Muhammad), nescaya Allah memeberikan rahmat-Nya kepadamu 2 bahagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
    in shaa Allah, setiap amalan yang kita lakukan untuk kebaikan ada ganjarannya..
    yang penting, kena ada tarbiyah (didikan), selalu muhasabah diri, menghadiri majlis2 agama atau usrah, lakukan amalan2 sunat, serta selalu mendampingi kawan2 yang boleh menunjukkan kita jalan kebaikan, ataupun ustaz ustazah.. lakukan secara perlahan-lahan kerana sesetengah orang tidak mampu untuk berubah 360 darjah dalam sekelip mata.
    "Barangsiapa yang dikehendaki Allah dalam kebaikan, maka Allah akan berikan kefahaman dalam ad-Din"
    harap jawapan ini menjawab pertanyaan saudara/saudari :)

    ReplyDelete