Assalamualaikum..
Haa,sebut pasal impian ni sudah semestinya semua orang punya impian kan?? Tipu la kalau x de impian tu kan..hahaha..orait, saya pun ada banyak impian yang ingin dicapai.. Sometimes kita akan rasa kebanyakan impian kita mengarut dan mustahil untuk di capai, betul tak??.. Tapi ada je orang yang berjaya capai kebanyakan impian dia yang agak mustahil bagi kita.. Asalkan ada usaha dan yakin dengan apa yang kita buat, yakin dengan diri sendiri, in shaa Allah semua yang kita impikan boleh jadi kenyataan..
Hidup mestilah kena ada impian dan matlamat, barulah hidup kita ada hala tuju.. Pada pendapat saya la kan, impian ni sesuatu yang kabur yang boleh kita angan2kan. Contohnya, nk jadi kaya, nak rumah mewah, kereta mewah dll.. Then, kalau matlamat ni pula sesuatu yang kita nak capai sama ada dalam jangka masa pendek atau dalam jangka masa panjang. Kena ada time frame la..
Nak tetapkan matlamat cuba guna kaedah WHAT, WHEN, WHY, HOW, WHO..
Kaedah mudah:
WHAT= apa impian kita??
WHEN= bila kita akan capai impian tu??
WHY= kenapa kita nak sangat capai impian tu??
HOW= bagaimana kita nak capai??
WHO= siapa yang menjadi perangsang kepada kita/siapa yang akan bantu kita??
Kalau la impian kita nak melancong ke luar negara, bila kita nak pergi?? negara mane yang nak pergi??umur berapa time nak pergi tu??kena ada banyak mana bajet nk pergi sana?? tu semua perlu diambil kira untuk kita capai impian tu..
Contoh yang lain, impian kita nak jadi kaya kan, then macam mana cara untuk jadi kaya?? bila ?? umur kita berapa time tu?? Kita kena ada time frame untuk semua ni..Secara tak langsung kita dah berjaya lakar something untuk capai matlamat kita..:)
Memang la, kadang2 apa yang kita rancang tu tak semudah yang kita sangkakan, tapi kita akan nampak hasilnya.. Berhenti separuh jalan adalah sesuatu yang sangat rugi..
So, it's up to you to set a new dream..just believe in yourself that you can do it.. Ada sesetengah orang siap buat 'senarai impian' sendiri lagi untuk mengetahui berapa banyak impian yang dia dapat capai dalam hidup ni.
senarai impian:) |
Haa,buat list pun best jugak.. Baru la kita tau apa yang kita dah buat dan apa yang belum kan..hehe
Kadang2 tak semua impian kita akan tercapai, mungkin perancangan yang kita buat tu tak cukup bagus untuk diri kita sendiri.. Apa2 pun perancangan Allah lagi bagus.. Yang penting kita dah cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang kita inginkan.. Serahkan urusan seterusnya kepada Dia Yang Maha Mengetahui..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita:) |
Jadikan setiap impian kepada kenyataan..Ianya bukanlah mustahil tetapi tak mudah untuk mencapainya:)
IMPIAN + PERANCANGAN (MATLAMAT) + USAHA + DOA = HASIL
jangan segan untuk bagi komen, mgkin boleh improve lagi apa yang kurang..I'm a new blogger:)
Hmm,rasanya setakat ni saja, harap maaf jika ada salah dan silap dalam post saya kali ni..sekian,
assalamualaikum:)