OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Wednesday, November 27, 2013

SETIAP KESULITAN ADA HIKMAHNYA

Assalamualaikum :)

        Apa khabar semua?? Harap semuanya sihat dan gembira di sisi orang tersayang :)
tiba2 rase gatal tangan ni nk menaip something..hehehe..
Pernah tak anda ditimpa sesuatu ujian atau kesulitan dalam hidup. Saya pasti semua pernah merasai kesulitan dalam hidup.. Kadang2 kita akan merasa sedih apabila sesuatu yang kita rancang tu x menjadi sesempurna seperti apa yg kita inginkan.. Kadang2 kita salahkan Allah kerana x berikan seperti apa yang kita mintak. Nope, jangan sesekali salahkan Allah.. :)


 Tapi,pernahkah anda terfikir,mengapa Allah x berikan apa yang kita minta? adakah kita sudah berusaha dengan sebaik mungkin? adakah kita selalu memohon pertolongan kepada Allah dengan seikhlasnya? ke hanya ingat Allah di saat kita susah je?? Fikir2 kn..

Sebagai cnth yang paling dekat sebagai seorang pelajar ialah x dapat result yang gempak yang boleh banggakan mak ayah. Then, kita sedih dan merungut. Salahkan orang lain itu ini.. Kita x sedar yang mungkin usaha kita x cukup power lagi.. ada lah reason kenapa kita dapat cmtu..Selagi ada masa, kita boleh perbaiki lagi..Never give up..*owh my result..hehehe

 Ingat,

Allah x memberi apa yang kita inginkan tapi Allah memberi apa yang kita perlukan.









Terima ujian dengan hati yang tenang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaian kn..



Jangan risau.. Selagi ada masa dan peluang, teruskan berusaha..kalau ada masalah, cari penyelesaian.. Jangan pikir nk main2.. kerana kehidupan kita kt dunia ni cukup singkat untuk kita main2..nk berseronok tu ada batasnya... tp jangan pulak asyik serius.. nanti orang yg tgk kita pn naik tension..hehe


 Rasenya itu sahaja coretan pada kali ini..hehehe..
ni juga sebagai nasihat untuk diri saya sendiri.. :)
 Assalamualaikum..............

Friday, November 22, 2013

ANALOGI KEHIDUPAN :)

Assalamualaikum :)

     Kali ni saya ingin share satu analogi yg dihantar oleh salah seorang kawan saya.. Katanya, analogi tu dia dapat daripada sumber rahsia..hehe.. so saya pun x tau dia amek daripada mana sebenarnya or dia create sendiri ke..so, sekadar untuk kongsi2..enjoy your reading :)


Analogi Kehidupan

Kehidupan di dunia ini merupakan satu perjalanan menuju yang Maha Esa. Kehidupan yang sementara ini dipenuhi ujian dan cabaran untuk menguji keimanan seseorang. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Ujian demi ujian mengukuhkan keimanan kita kepada Allah swt. Namun, kita harus ingat bahawa setiap ujian yang kita hadapi itu Allah swt mengetahui samada kita mampu hadapi ataupun tidak.

Dalam perjalanan kita seharian di dunia ini untuk menuju alam yang baqa', dapat kita gambarkan perjalanan kita di sebuah jalan raya. Jalan itu diibaratkan perjalanan kita, dan kenderaan yang kita naiki itu ibarat diri kita. Apa yang dapat dikaitkan dengan analogi ini ialah di jalan raya, terdapat pelbagai peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya. Dalam pada itu, terdapat juga penguatkuasa jalan raya seperti Polis Trafik dan Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ), dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Agensi-agensi ini menjalankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya bagi memastikan kepatuhan para pemandu terhadap undang-undang jalan raya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan jalan raya untuk kegunaan umum. Namun, dalam kehidupan kita terdapat malaikat yang menjalankan penguatkuasaan terhadap kita.

Mengapa semua pemandu diwajibkan memakai tali pinggang keselamatan (seat belt)? Sejumlah besar pemandu tidak gemar memakai tali pinggang keselamatan kerana menganggap perkara ini sebagai remeh dan tidak penting. Realitinya, memakai tali pinggang keselamatan itu dapat menjamin keselamatan pemandu sekiranya berlaku kemalangan jalan raya. Saman dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada para pemandu yang gagal mematuhi peraturan ini. Pihak penguatkuasa telah menyampaikan amaran yang jelas tentang pemakaian ini supaya para pemandu patuh dalam memastikan keselamatan mereka. Namun, masih ramai yang ingkar. Sekiranya berlaku kemalangan, pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan ini yang akan mengalami kecederaan yang parah atau mungkin maut. Begitu juga dalam perjalanan kita menuju alam yang baqa'. Allah swt telah memberikan jalan dan haluan yang wajib diikuti oleh sekalian manusia. Namun, masih ada yang ingkar. Kita dapat melihat perbezaan antara yang patuh suruhan Allah swt dengan yang ingkar suruhan Allah swt. Bagi yang patuh, kehidupan mereka aman dan tenteram serta selamat dalam menjalani perjalanan kehidupan. Bagi yang ingkar, mereka terkandas dan mengalami pelbagai kesukaran dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, mengapa kita masih ingkar?

Jika kita berada di jalan raya, kita dapat melihat penguatkuasa secara fizikal. Cuba kita renungkan, perbezaan tabiat memandu sekiranya terdapat operasi penguatkuasaan trafik dengan tiada. Semestinya semasa operasi penguatkuasaan trafik di jalankan, semua pemandu akan mematuhi peraturan jalan raya dan memandu secara selamat. Begitu juga perjalanan kehidupan kita. Sekiranya kita dapat melihat para malaikat menjalankan perintah Allah dalam mencatat amalan baik dan buruk kita, pastinya kita akan berkelakuan baik.  Namun sebenarnya kita lupa bahawa malaikat sentiasa menjalankan operasi memerhatikan kita dan mencata segala perbuatan baik dan buruk kita tanpa leka walaupun sesaat. Jika kita dapat menipu penguatkuasa, namun jauh sekali kemampuan kita untuk menipu para malaikat. Sebenarnya, kita dapat merasakan kita diperhatikan oleh para malaikat sekiranya kita patuh dan taat dengan segala perintah Allah swt. Tidak perlu kita melihat sesuatu secara fizikal sekiranya kita benar-benar taat kepada sesuatu perkara.

Jika kita melakukan kesalahn di jalan raya, kita akan mendapat saman atau dikenakan tindakan undang-undang. Benar? Sama seperti kehidupan kita, kita akan dikenakan hukuman dan balasan atas perbuatan kita di dunia. Mungkin kita tidak dapat melihat bentuk balasan yang dikenakan terhadap kita atas perbuatan kita di dunia, namun hakikatnya perkara itu nyata.


Oleh itu, kita haruslah mengukuhkan keimanan kita dalam kehidupan seharian agar kita dapat merasakan kita sentiasa diperhatikan oleh penguatkuasa yang diutuskan oleh Allah swt. Sekiranya kita boleh berkelakuan baik sekiranya melalui operasi penguatkuasa daripada kalangan manusia yang bermusim, mengapa kita tidak boleh berkelakuan baik tatkala kita sentiasa diperhatikan oleh penguatkuasa Allah swt yang tidak pernah terlepas memerhatikan kita. Fikir dan renungkan.


Setakat ini saja untuk kali ni..Sekian :)

Friday, November 1, 2013

Mencari Yang Maha Satu

Assalamualaikum..




           Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi.. Syukur kepada Ilahi yang sentiasa memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Allah tidak pernah meminta balasan atas setiap apa yang DIA berikan kepada kita.. CintaNya begitu besar terhadap kita,tapi kita masih tak sedar. Kadang2 kita abaikan perintah dan laranganNya.. Kita sibuk mencari keperluan di dunia sehingga tak sedar yang kita juga perlu memenuhi keperluan di akhirat juga.. Dunia hanyalah tempat persinggahan.. Saya mengaku yang saya juga kadang2 lalai, mudah terhasut dengan godaan syaitan.. Kadang2 kita terbabas dari landasan yang betul, tapi Allah masih lagi bagi waktu untuk kita perbaiki kerana DIA Maha Pengampun..Contohnya sekarang Allah masih lagi bagi peluang untuk kita bernafas.

      Pernah tak kita merasa jiwa kita kosong?? Kemudian merasakan kita memerlukan seseorang di sisi.. Kemudian kita sibuk mencari cinta manusia, kononnya sebagai peneman kita..



  Sebenarnya, Allah sudah cukup bagi kita.. Mengapa perlu mencari cinta yang x pasti sedangkan cinta yang hakiki sudah ada depan mata.. Saya pun sedang berusaha mencari cintaNya sebab saya tahu saya bukan lah orang yang baik.. Namun,kadang2 diri ni tak cukup kuat, dan sekali lg tergelincir dari landasan.. Oleh itu, dampingilah sahabat2 yang baik supaya dapat menegur kita saat kita tersalah langkah, yang sentiasa mengingati kita kepada Allah.. Isilah hati dan jiwa kita yang kosong itu dengan cintaNya :) In shaa Allah, itu sudah cukup..
Allah sentiasa di sisi kita, memerhatikan kita, cuma kita yang tak menyedari.




     Hidup ni mesti ada ujian. jangan cepat melatah mahupun merungut.. Allah bagi kita ujian sebab Allah sayang kita, DIA nak kita sentiasa mengingati DIA.. Setiap orang pasti akan menghadapi dugaan dalam hidup. Ingat, DIA tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita x mampu nk tanggung.. DIA Maha Mengetahui..




so,........




     Jangan segan dan malu untuk meminta dari Allah.. kerana Allah lagi suka hambaNya yang sentiasa meminta dariNya.. Janganlah kita putus asa jika tak dapat apa yang kita inginkan kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Yakin dengan Allah..


Akhir kata, berusahalah mencari redha dan cinta Allah kerana itu yang sepatutnya kita buat.. In shaa Allah, kita masih ada masa untuk memohon pengampunan dariNya.. Dan jika kita bersahabat, bersahabatlah kerana Allah. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan jaga hubungan dengan makhlukNya. Apa yang saya tulis ni adalah sekadar untuk perkongsian di samping untuk menasihati diri saya sendiri, saya cuba untuk berubah.. Saya tak sempurna, maafkan jika ada tersalah bicara.. Tegurlah jika saya salah.. Impian kita satu,semua impikan syurga :) Jom, kita mengejar cinta Allah..

Setakat ni saja untuk kali ni,sekali lagi maaf andai tersalah bicara,
Assalamualaikum :)