OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Friday, November 1, 2013

Mencari Yang Maha Satu

Assalamualaikum..




           Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi.. Syukur kepada Ilahi yang sentiasa memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Allah tidak pernah meminta balasan atas setiap apa yang DIA berikan kepada kita.. CintaNya begitu besar terhadap kita,tapi kita masih tak sedar. Kadang2 kita abaikan perintah dan laranganNya.. Kita sibuk mencari keperluan di dunia sehingga tak sedar yang kita juga perlu memenuhi keperluan di akhirat juga.. Dunia hanyalah tempat persinggahan.. Saya mengaku yang saya juga kadang2 lalai, mudah terhasut dengan godaan syaitan.. Kadang2 kita terbabas dari landasan yang betul, tapi Allah masih lagi bagi waktu untuk kita perbaiki kerana DIA Maha Pengampun..Contohnya sekarang Allah masih lagi bagi peluang untuk kita bernafas.

      Pernah tak kita merasa jiwa kita kosong?? Kemudian merasakan kita memerlukan seseorang di sisi.. Kemudian kita sibuk mencari cinta manusia, kononnya sebagai peneman kita..



  Sebenarnya, Allah sudah cukup bagi kita.. Mengapa perlu mencari cinta yang x pasti sedangkan cinta yang hakiki sudah ada depan mata.. Saya pun sedang berusaha mencari cintaNya sebab saya tahu saya bukan lah orang yang baik.. Namun,kadang2 diri ni tak cukup kuat, dan sekali lg tergelincir dari landasan.. Oleh itu, dampingilah sahabat2 yang baik supaya dapat menegur kita saat kita tersalah langkah, yang sentiasa mengingati kita kepada Allah.. Isilah hati dan jiwa kita yang kosong itu dengan cintaNya :) In shaa Allah, itu sudah cukup..
Allah sentiasa di sisi kita, memerhatikan kita, cuma kita yang tak menyedari.




     Hidup ni mesti ada ujian. jangan cepat melatah mahupun merungut.. Allah bagi kita ujian sebab Allah sayang kita, DIA nak kita sentiasa mengingati DIA.. Setiap orang pasti akan menghadapi dugaan dalam hidup. Ingat, DIA tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita x mampu nk tanggung.. DIA Maha Mengetahui..




so,........




     Jangan segan dan malu untuk meminta dari Allah.. kerana Allah lagi suka hambaNya yang sentiasa meminta dariNya.. Janganlah kita putus asa jika tak dapat apa yang kita inginkan kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Yakin dengan Allah..


Akhir kata, berusahalah mencari redha dan cinta Allah kerana itu yang sepatutnya kita buat.. In shaa Allah, kita masih ada masa untuk memohon pengampunan dariNya.. Dan jika kita bersahabat, bersahabatlah kerana Allah. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan jaga hubungan dengan makhlukNya. Apa yang saya tulis ni adalah sekadar untuk perkongsian di samping untuk menasihati diri saya sendiri, saya cuba untuk berubah.. Saya tak sempurna, maafkan jika ada tersalah bicara.. Tegurlah jika saya salah.. Impian kita satu,semua impikan syurga :) Jom, kita mengejar cinta Allah..

Setakat ni saja untuk kali ni,sekali lagi maaf andai tersalah bicara,
Assalamualaikum :)


1 comment:

  1. cinta hadir dalam setiap manusia.. kita tidak lari dari fitrah ini..
    cinta tidak haram disisi allah malah allah sentiasa menyeru kita untuk berkasih sayang.. namun wahai manusia ingatlah bagaimana kamu membawa cinta meletakkan cinta mu berada di aras yang tinggi atau yg terbawah kerana cinta suci itu dinoda nafsumu.. Wassalam

    ReplyDelete