OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Wednesday, November 27, 2013

SETIAP KESULITAN ADA HIKMAHNYA

Assalamualaikum :)

        Apa khabar semua?? Harap semuanya sihat dan gembira di sisi orang tersayang :)
tiba2 rase gatal tangan ni nk menaip something..hehehe..
Pernah tak anda ditimpa sesuatu ujian atau kesulitan dalam hidup. Saya pasti semua pernah merasai kesulitan dalam hidup.. Kadang2 kita akan merasa sedih apabila sesuatu yang kita rancang tu x menjadi sesempurna seperti apa yg kita inginkan.. Kadang2 kita salahkan Allah kerana x berikan seperti apa yang kita mintak. Nope, jangan sesekali salahkan Allah.. :)


 Tapi,pernahkah anda terfikir,mengapa Allah x berikan apa yang kita minta? adakah kita sudah berusaha dengan sebaik mungkin? adakah kita selalu memohon pertolongan kepada Allah dengan seikhlasnya? ke hanya ingat Allah di saat kita susah je?? Fikir2 kn..

Sebagai cnth yang paling dekat sebagai seorang pelajar ialah x dapat result yang gempak yang boleh banggakan mak ayah. Then, kita sedih dan merungut. Salahkan orang lain itu ini.. Kita x sedar yang mungkin usaha kita x cukup power lagi.. ada lah reason kenapa kita dapat cmtu..Selagi ada masa, kita boleh perbaiki lagi..Never give up..*owh my result..hehehe

 Ingat,

Allah x memberi apa yang kita inginkan tapi Allah memberi apa yang kita perlukan.









Terima ujian dengan hati yang tenang kerana setiap masalah pasti ada penyelesaian kn..



Jangan risau.. Selagi ada masa dan peluang, teruskan berusaha..kalau ada masalah, cari penyelesaian.. Jangan pikir nk main2.. kerana kehidupan kita kt dunia ni cukup singkat untuk kita main2..nk berseronok tu ada batasnya... tp jangan pulak asyik serius.. nanti orang yg tgk kita pn naik tension..hehe


 Rasenya itu sahaja coretan pada kali ini..hehehe..
ni juga sebagai nasihat untuk diri saya sendiri.. :)
 Assalamualaikum..............

Friday, November 22, 2013

ANALOGI KEHIDUPAN :)

Assalamualaikum :)

     Kali ni saya ingin share satu analogi yg dihantar oleh salah seorang kawan saya.. Katanya, analogi tu dia dapat daripada sumber rahsia..hehe.. so saya pun x tau dia amek daripada mana sebenarnya or dia create sendiri ke..so, sekadar untuk kongsi2..enjoy your reading :)


Analogi Kehidupan

Kehidupan di dunia ini merupakan satu perjalanan menuju yang Maha Esa. Kehidupan yang sementara ini dipenuhi ujian dan cabaran untuk menguji keimanan seseorang. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Ujian demi ujian mengukuhkan keimanan kita kepada Allah swt. Namun, kita harus ingat bahawa setiap ujian yang kita hadapi itu Allah swt mengetahui samada kita mampu hadapi ataupun tidak.

Dalam perjalanan kita seharian di dunia ini untuk menuju alam yang baqa', dapat kita gambarkan perjalanan kita di sebuah jalan raya. Jalan itu diibaratkan perjalanan kita, dan kenderaan yang kita naiki itu ibarat diri kita. Apa yang dapat dikaitkan dengan analogi ini ialah di jalan raya, terdapat pelbagai peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya. Dalam pada itu, terdapat juga penguatkuasa jalan raya seperti Polis Trafik dan Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ), dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Agensi-agensi ini menjalankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya bagi memastikan kepatuhan para pemandu terhadap undang-undang jalan raya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan jalan raya untuk kegunaan umum. Namun, dalam kehidupan kita terdapat malaikat yang menjalankan penguatkuasaan terhadap kita.

Mengapa semua pemandu diwajibkan memakai tali pinggang keselamatan (seat belt)? Sejumlah besar pemandu tidak gemar memakai tali pinggang keselamatan kerana menganggap perkara ini sebagai remeh dan tidak penting. Realitinya, memakai tali pinggang keselamatan itu dapat menjamin keselamatan pemandu sekiranya berlaku kemalangan jalan raya. Saman dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada para pemandu yang gagal mematuhi peraturan ini. Pihak penguatkuasa telah menyampaikan amaran yang jelas tentang pemakaian ini supaya para pemandu patuh dalam memastikan keselamatan mereka. Namun, masih ramai yang ingkar. Sekiranya berlaku kemalangan, pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan ini yang akan mengalami kecederaan yang parah atau mungkin maut. Begitu juga dalam perjalanan kita menuju alam yang baqa'. Allah swt telah memberikan jalan dan haluan yang wajib diikuti oleh sekalian manusia. Namun, masih ada yang ingkar. Kita dapat melihat perbezaan antara yang patuh suruhan Allah swt dengan yang ingkar suruhan Allah swt. Bagi yang patuh, kehidupan mereka aman dan tenteram serta selamat dalam menjalani perjalanan kehidupan. Bagi yang ingkar, mereka terkandas dan mengalami pelbagai kesukaran dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, mengapa kita masih ingkar?

Jika kita berada di jalan raya, kita dapat melihat penguatkuasa secara fizikal. Cuba kita renungkan, perbezaan tabiat memandu sekiranya terdapat operasi penguatkuasaan trafik dengan tiada. Semestinya semasa operasi penguatkuasaan trafik di jalankan, semua pemandu akan mematuhi peraturan jalan raya dan memandu secara selamat. Begitu juga perjalanan kehidupan kita. Sekiranya kita dapat melihat para malaikat menjalankan perintah Allah dalam mencatat amalan baik dan buruk kita, pastinya kita akan berkelakuan baik.  Namun sebenarnya kita lupa bahawa malaikat sentiasa menjalankan operasi memerhatikan kita dan mencata segala perbuatan baik dan buruk kita tanpa leka walaupun sesaat. Jika kita dapat menipu penguatkuasa, namun jauh sekali kemampuan kita untuk menipu para malaikat. Sebenarnya, kita dapat merasakan kita diperhatikan oleh para malaikat sekiranya kita patuh dan taat dengan segala perintah Allah swt. Tidak perlu kita melihat sesuatu secara fizikal sekiranya kita benar-benar taat kepada sesuatu perkara.

Jika kita melakukan kesalahn di jalan raya, kita akan mendapat saman atau dikenakan tindakan undang-undang. Benar? Sama seperti kehidupan kita, kita akan dikenakan hukuman dan balasan atas perbuatan kita di dunia. Mungkin kita tidak dapat melihat bentuk balasan yang dikenakan terhadap kita atas perbuatan kita di dunia, namun hakikatnya perkara itu nyata.


Oleh itu, kita haruslah mengukuhkan keimanan kita dalam kehidupan seharian agar kita dapat merasakan kita sentiasa diperhatikan oleh penguatkuasa yang diutuskan oleh Allah swt. Sekiranya kita boleh berkelakuan baik sekiranya melalui operasi penguatkuasa daripada kalangan manusia yang bermusim, mengapa kita tidak boleh berkelakuan baik tatkala kita sentiasa diperhatikan oleh penguatkuasa Allah swt yang tidak pernah terlepas memerhatikan kita. Fikir dan renungkan.


Setakat ini saja untuk kali ni..Sekian :)

Friday, November 1, 2013

Mencari Yang Maha Satu

Assalamualaikum..




           Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi.. Syukur kepada Ilahi yang sentiasa memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Allah tidak pernah meminta balasan atas setiap apa yang DIA berikan kepada kita.. CintaNya begitu besar terhadap kita,tapi kita masih tak sedar. Kadang2 kita abaikan perintah dan laranganNya.. Kita sibuk mencari keperluan di dunia sehingga tak sedar yang kita juga perlu memenuhi keperluan di akhirat juga.. Dunia hanyalah tempat persinggahan.. Saya mengaku yang saya juga kadang2 lalai, mudah terhasut dengan godaan syaitan.. Kadang2 kita terbabas dari landasan yang betul, tapi Allah masih lagi bagi waktu untuk kita perbaiki kerana DIA Maha Pengampun..Contohnya sekarang Allah masih lagi bagi peluang untuk kita bernafas.

      Pernah tak kita merasa jiwa kita kosong?? Kemudian merasakan kita memerlukan seseorang di sisi.. Kemudian kita sibuk mencari cinta manusia, kononnya sebagai peneman kita..



  Sebenarnya, Allah sudah cukup bagi kita.. Mengapa perlu mencari cinta yang x pasti sedangkan cinta yang hakiki sudah ada depan mata.. Saya pun sedang berusaha mencari cintaNya sebab saya tahu saya bukan lah orang yang baik.. Namun,kadang2 diri ni tak cukup kuat, dan sekali lg tergelincir dari landasan.. Oleh itu, dampingilah sahabat2 yang baik supaya dapat menegur kita saat kita tersalah langkah, yang sentiasa mengingati kita kepada Allah.. Isilah hati dan jiwa kita yang kosong itu dengan cintaNya :) In shaa Allah, itu sudah cukup..
Allah sentiasa di sisi kita, memerhatikan kita, cuma kita yang tak menyedari.




     Hidup ni mesti ada ujian. jangan cepat melatah mahupun merungut.. Allah bagi kita ujian sebab Allah sayang kita, DIA nak kita sentiasa mengingati DIA.. Setiap orang pasti akan menghadapi dugaan dalam hidup. Ingat, DIA tak akan uji kita dengan sesuatu yang kita x mampu nk tanggung.. DIA Maha Mengetahui..




so,........




     Jangan segan dan malu untuk meminta dari Allah.. kerana Allah lagi suka hambaNya yang sentiasa meminta dariNya.. Janganlah kita putus asa jika tak dapat apa yang kita inginkan kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. Yakin dengan Allah..


Akhir kata, berusahalah mencari redha dan cinta Allah kerana itu yang sepatutnya kita buat.. In shaa Allah, kita masih ada masa untuk memohon pengampunan dariNya.. Dan jika kita bersahabat, bersahabatlah kerana Allah. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan jaga hubungan dengan makhlukNya. Apa yang saya tulis ni adalah sekadar untuk perkongsian di samping untuk menasihati diri saya sendiri, saya cuba untuk berubah.. Saya tak sempurna, maafkan jika ada tersalah bicara.. Tegurlah jika saya salah.. Impian kita satu,semua impikan syurga :) Jom, kita mengejar cinta Allah..

Setakat ni saja untuk kali ni,sekali lagi maaf andai tersalah bicara,
Assalamualaikum :)


Thursday, August 15, 2013

Nasihat untuk Si Gadis

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup di dunia ini.. Tiba2 rasa nak tulis something kt blog sebab dh lama x update.. Hmm,di sini sy nk ambil kesempatan untuk berkongsi luahan rasa saya..hehehe.. macam apa je kan..

Sebagai seorang perempuan, saya berasa sgt kecewa dan terkilan kerana semakin hari semakin banyak kes pembuangan bayi berlaku.. dan lebih mengecewakan ialah kebanyakannya daripada kaum melayu, orang Islam itu sendiri.. Sebagai seorang Muslimah, saya berasa sungguh malu.. Tidakkah kita berasa kasihan melihat bayi yg tidak berdosa ini?? 




Saya harap kita sebagai perempuan harus lebih tegas mempertahankan maruah kita.. Jangan sesekali kita biarkan mahkota kita dirampas tanpa ikatan yg sah.. Biarlah orang nk kata kita jual mahal ke apa yg penting maruah kita terjaga :) Saya tahu,bila kita meningkat remaja kita akan ada rasa ingin berkasih sayang, ingin disayangi dan menyayangi, kan?? Saya pun remaja juga jadi saya faham :)
Tapi kita kna jaga maruah diri dan keluarga.. Sebagai perempuan kita kena ada perasaan malu.. Malu pada Allah, pada keluarga, masyarakat dan diri sendiri.


Jangan kita terlalu mudah memberi cinta kita kepada lelaki yg belum tentu akan menjadi suami kita kelak ^.^ Perasaan suka, kasih kepada seseorang itu sebenarnya anugerah dan amanah daripada Allah.. Allah ingin melihat bagaimana kita memelihara dan menjaga amanahNya itu.. dan mampukah kita mengawal perasaan kita.. Jangan terlalu ikutkan hawa nafsu kita.. Ingat, syaitan sentiasa berusaha untuk menghasut kita walau macam mana cara sekalipun!!! Jangan sesekali berdua-duaan dengan lelaki tanpa ada muhrim bersama kita kerana yang ketiga pastinya syaitan..


 Wahai sahabat, jagalah maruah kita dengan baik, tutuplah auratmu dengan sempurna, dan jagalah akhlakmu dengan baik :) Jagalah dirimu untuk yang halal bagimu ^.^



Tidakkah kamu mendambakan pendamping yang baik di sisi kamu kelak?? Allah berfirman dalam Surah An-Nur :





Wow, saya cakap macam la saya ni perfect sangat kan?? Saya hanya manusia biasa yang punya banyak kekurangan dan saya rasa saya mempunyai tanggungjawab untuk mengingati yang lain.. Juga sebagai peringatan untuk saya sendiri..  ^.^  Jadilah yang terbaik di antara yang terbaik.. Tidakkah kalian teringin untuk menjadi KETUA BIDADARI di syurga kelak??

Akhir kata daripada saya, maafkan saya jika ada kesilapan dalam entry saya kali ini.. Saya bukannya perfect, kalau ada kesalahan yg dilakukan, jangan rasa berat untuk menegur kesilapan saya.. :) Saya harap entry saya pada kali ini dapat memberi makna kepada kalian walaupun cuma sedikit.. Sekali lagi minta maaf kalau ada kekurangan..

Sekian, wassalam..



Monday, June 17, 2013

Perihatinkah Kita???

Assalamualaikum....

 Hati ini tiba2 terdetik untuk membaca isu tentang rakyat Syria yang menderita berada di bawah pemerintahan keluarga Al-Assad.. Sayu hati ni bila membaca tentang penderitaan rakyat Syria dek kerana pemerintah itu sendiri.. Kejamnya tindakan keluarga Al Assad sehingga sangup membunuh nyawa yang tidak berdosa.. Tiba2 saya terfikir berapa ramaikah rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang perihatin terhadap isu ini.. Memang ada yang mengambil berat tapi yang sedihnya ada juga yang tidak tahu langsung mengenai isu ini.. Mafhum Hadis Nabi SAW" Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan saudaranya yang lain, maka ia bukanlah dari golonganku"
dan juga, dalam surah al hujurat ayat 10 "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, ...Saya hanya manusia biasa dan mungkin banyak lagi yang saya tak tau mengenai saudara se-Islam di negara2 lain..Saya juga tidak akan mengetahui tentang isu ini jika Allah tidak gerakkan hati saya untuk membaca mengenai isu ini.. Mungkin apa yang saya hanyalah serba sedikit mengenai penderitaan mereka.. Untuk mengetahui kisahnya, saya ada sharekan link di bawah.. Mungkin ada yang telah membacanya kan.. Sekadar untuk perkongsian apa yang telah saya baca.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17194.0

Cuba bayangkan bagaimana perasan kita berada di tempat mereka.. Pasti tiap2 hri berada dalam ketakutan kan?? Saya berasa sedih, saya tertanya2 "apakah sumbangan aku untuk umat Islam?", "apakah aku hanya mampu berpeluk tubuh di saat saudara se-Islamku dianiayai,dibunuh,diperkosa oleh mereka yang tiada perikemanusiaan?", "macam mane nk bantu diorang?".. Marilah kita berdoa semoga penderitaan mereka berakhir dengan segera.. Doa kan senjata orang mukmin ^.^ kerana hanya itu yang mampu saya lakukan sekarang ni..

Akhir kata daripada saya,saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya jika ada kesalahan dalam kenyataan di atas mahupun ada tersinggung mana2 pihak.. Sekian, wassalam ^.^

Sunday, June 16, 2013

INTEC aku datang :)

Assalamualaikum..

X tau nk luahkan rasa kt mane, so I think this is the best place..haha,bgus la tu lgpun jarang orang bukak blog ni.. Drpd post kt fb,mcm nk mntk perhatian pulak org kta..hoho.. So, inilah dia yang berserabut di fikiran, dalam masa lebih kurang dua minggu lg saya akan mendaftar kt INTEC..huhu..mcm2 rasa ada..nervous pun ada..mcm2 pk,bleh ke aku survive kt sana??bleh ke aku follow cara lecturer ajar nt?? But,bila bc blog senior2 yg dh duk kt INTEC, semua kata best.. lagipun Islam kt sana terjaga.. Alhamdulillah :) Harap dapat kawan yang baik2 n yang paling penting 'sekepala' n sporting,brulah best nk wt pape pun kn... Haha, dah jumpa dua orang yang sama course.. then kitorang rancang nk jd housemates : Alia Ahmad n Ainaa Afeefa ,..tu nama dlm fb diorang la..haha.. harap2 jd la plan kitorang.. Memang dri dulu lg nk dtg INTEC.. akhirnya dapat jugak smbung stdy kt sini, alhamdulillah.. Sebenarnya mntk ngn MARA nk coz actuarial science,..tup2 MARA bg coz economics pulak..hadoi -.-' mula2 dapat tau tu frust la jugak sebab mntk lain dapat lain.. but maybe ada hikmah di sebaliknya kan..sabo je la.. So,contact la my big bro pasal ni, then dia kata 'no worries,bleh je tukar coz nt'.... eheh,bleh ke?? xpe, nt g sana tgk la cmne.. kt sana nt ambk program ADFP, so sthun je la foundation..harap2 lepas target..huhu..dgr cter program ni susah...x pe la,sume bnda susah kn..asalkan ada usaha n never give up..huhu*motivasi diri..brg2 byk lg yg nk beli,surat mara x smpai lg,mdcl check up x wt lg..apa lg??*mengeluh je keje nya..haha

#luahan hati yang sedang kacau

KING of My Heart :)

Assalamualaikum...

Today is a father's day.. So I want to take this opportunity to wish to my beloved father a happy father's day :) Terima kasih abah kerana sanggup melayan perangai anak abah yang sorang ni..hehehe
Terima kasih jugak kerana sanggup bersusah payah mencari rezeki untuk anak2 abah supaya dapat membesar dengan baik..
Terima kasih atas didikan agama dan nasihat yang abah and umi selalu berikan.. In shaa Allah anak2 abah and umi akan menjadi anak2 yang baik..



Kakak doakan abah sentiasa sihat,happy dan murah rezeki ^.^
x lupa juga kpd semua bapa di seluruh dunia ni, Selamat Hari Bapa :)

Monday, June 10, 2013

Love Before Married is Permitted or Not??


Assalamualaikum..,
Post kali ni saya nk share one article yg diemelkan oleh seorang kakak kepada saya.Kisah ni diambil dari internet, hehe..kira copy & paste je la ni.. Panjang la sikit..Harap sudi membaca sampai habis and ambil pengajaran from this story..Enjoy your Reading ^.^

LOVE BEFORE MARRIED IS PERMITTED OR NOT?? 
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah SWT, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah. 
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Wanita Solehah Hiasan Dunia

“Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah!”

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.” 
“Not a single phrase, nor a word.” 
“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya Allah, sekiranya Allah SWT panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
Pesan saya buat saudara MUHTAR, sekiranya  tiada penawar berbisa, jangan cuba mencari cinta manusia, kelak dirimu akan binasa.. Jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.
Dan lagi satu.. hargailah.. sayangilah seseorang itu… kerana ALLAH SWT.. Cintai dia seikhlasnya atas dasar visi destinasi perhubungan sesama pasangan itu adalah kerana nawaitu murni iaitu aku ingin memiliki dan mengahwininya demi menyempurnakan SUNNAH RASULULLAH SAW dan kerana ALLAH SWT.

Keluarga Bahagia

“Keluarga Bahagia.. Mengimpikan syurga sebelum Syurga!”

MUHTAR, beringatlah; 
“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa ‘alaihis salam dan puteri Nabi Syuaib ‘alaihis salam beribu-ribu tahun dahulu?



TERIMA KASIH kerana sudi membaca post ni hingga ke akhirnya.. Sahabat, cinta Allah adalah cinta yang abadi,semoga anda menemui cinta-Nya ^.^
Sekian,wassalam

Saturday, May 18, 2013

JADIKAN IMPIAN KEPADA REALITI:)




Assalamualaikum..

Haa,sebut pasal impian ni sudah semestinya semua orang punya impian kan?? Tipu la kalau x de impian tu kan..hahaha..orait, saya pun ada banyak impian yang ingin dicapai.. Sometimes kita akan rasa kebanyakan impian kita mengarut dan mustahil untuk di capai, betul tak??.. Tapi ada je orang yang berjaya capai kebanyakan impian dia yang agak mustahil bagi kita.. Asalkan ada usaha dan yakin dengan apa yang kita buat, yakin dengan diri sendiri, in shaa Allah semua yang kita impikan boleh jadi kenyataan..

Hidup mestilah kena ada impian dan matlamat, barulah hidup kita ada hala tuju.. Pada pendapat saya la kan, impian ni sesuatu yang kabur yang boleh kita angan2kan. Contohnya, nk jadi kaya, nak rumah mewah, kereta mewah dll.. Then, kalau matlamat ni pula sesuatu yang kita nak capai sama ada dalam jangka masa pendek atau dalam jangka masa panjang. Kena ada time frame la..

Nak tetapkan matlamat cuba guna kaedah  WHAT, WHEN, WHY, HOW, WHO..


Kaedah mudah:
WHAT= apa impian kita??
WHEN= bila kita akan capai impian tu??
WHY= kenapa kita nak sangat capai impian tu??
HOW= bagaimana kita nak capai??
WHO= siapa yang menjadi perangsang  kepada kita/siapa yang akan bantu kita??


Kalau la impian kita nak melancong ke luar negara, bila kita nak pergi?? negara mane yang nak pergi??umur berapa time nak pergi tu??kena ada banyak mana bajet nk pergi sana?? tu semua perlu diambil kira untuk kita capai impian tu..
Contoh yang lain, impian kita nak jadi kaya kan, then macam mana cara untuk jadi kaya?? bila ?? umur kita berapa time tu?? Kita kena ada time frame untuk semua ni..Secara tak langsung kita dah berjaya lakar something untuk capai matlamat kita..:)


Memang la, kadang2 apa yang kita rancang tu tak semudah yang kita sangkakan, tapi kita akan nampak hasilnya.. Berhenti separuh jalan adalah sesuatu yang sangat rugi..





So, it's up to you to set a new dream..just believe in yourself that you can do it.. Ada sesetengah orang siap buat 'senarai impian' sendiri lagi untuk mengetahui berapa banyak impian yang dia dapat capai dalam hidup ni.

senarai impian:)

Haa,buat list pun best jugak.. Baru la kita tau apa yang kita dah buat dan apa yang belum kan..hehe
Kadang2 tak semua impian kita akan tercapai, mungkin perancangan yang kita buat tu tak cukup bagus untuk diri kita sendiri.. Apa2 pun perancangan Allah lagi bagus.. Yang penting kita dah cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang kita inginkan.. Serahkan urusan seterusnya kepada Dia Yang Maha Mengetahui..



Allah tahu apa yang terbaik untuk kita:)

Jadikan setiap impian kepada kenyataan..Ianya bukanlah mustahil tetapi tak mudah untuk mencapainya:)

IMPIAN + PERANCANGAN (MATLAMAT) + USAHA + DOA = HASIL

jangan segan untuk bagi komen, mgkin boleh improve lagi apa yang kurang..I'm a new blogger:)
Hmm,rasanya setakat ni saja, harap maaf jika ada salah dan silap dalam post saya kali ni..sekian,
assalamualaikum:)

Friday, May 17, 2013

Persahabatan:)

Assalamualaikum...

         'Dosti' atau dgn kata lain kawan sebenarnya banyak mempengaruhi kehidupan kita.. Kita perlu pilih kawan yang betul.. Ceh,macam buat ayat karangan plak kn..hehehe.. Dalam kehidupan ni saya banyak belajar erti persahabatan.. Bagi saya sahabat itu penting sebab merekalah yang mewarnai kehidupan saya.. Sahabat yang baik akan sentiasa bersama kita saat susah atau senang.. Betul tak?? Mereka memahami keaadaan kita dan menerima kita dengan seadanya. Kita pun kena buat benda yang sama la,baru adil kan..haha Eh,ingat kekasih je ke kena terima kita seadanya.. For me,sahabat itu more important than GF/BF.. Eh,I'M SINGLE lagi la..hahaha.. Seriously,sahabat yang baik sukar dicari and dijumpai.. Jika dah jumpa,hargailah dia. Mendengar masalah kawan is one of my favourite.. Ia buat saya rasa diperlukan and dihargai.. Jangan segan ,jangan malu nk share dengan saya.. Eh,saya pernah dapat title 'a good listener' tau haha..bukan nk puji or bangga. Just nk gitau je..haha..





Dalam persahabatan,kadang2 tu mesti ada jugak gaduh2 or terasa hati kan..hmm,normal la tu.. Tp kita kena tahu cmne nk selesaikan masalah kita ngn sahabat.Kena pandai cari jalan penyelesaian supaya persahabatan kita kekal.. Kadang2 kita kena jugak mengalah kan even kita betul.. Saya pun banyak juga sakitkan hati kawan2 saya secara tak sengaja.. Yelah,saya hanya manusia biasa yang punya banyak khilaf.. Kadang2 apa yang saya buat atau apa yang saya kata ada sakitkan hati diorang.. Kadang2 moody tak semena je kan..haha..I'm sorry my friends....






Sebenarnya jauh di sudut hati saya,x pernah terfikir langsung untuk sakitkan hati kawan2 saya.. Kalau boleh saya tak nak tengok pun diorang terluka lebih2 lagi kalau disebabkan saya.. Saya akan rasa tak selesa,gelisah and akan sedih sama sebab tak dapat jadi kawan yang baik untuk kawan2 saya.. Seriously saya sedih giler..Kadang2 kita perlu rendahkan ego kita jika kita salah.. Meminta maaf mungkin akan dapat menenangkan keadaan. Dan memaafkan juga perlu dalam persahabatan. Tak dinafikan memang susah nak maafkan,tapi cuba ingat kebaikan yang dia telah lakukan. Be positive..tapi ingat, kena pandai pilih kawan.. takkan nak kawan lagi dengan kawan yang tikam belakang kawan kan??? Fikir2kanlah..Bila dia ada buat sesuatu yang salah, nasihat dengan cara yang elok,..bila kita ditegur atas kesalahan kita sendiri ucapkan terima kasih kerana sedarkan kita..Kadang2 kita tak nampak salah kita kat mane.. Jangan sesekali merasakan yang kita selalu je betul, kawan kita ni pula selalu salah.. Sudah tentu anda sayangkan persahabatan ini kan?? Saya sayangkan persahabatan saya:) Sebab tu saya sentiasa maafkan diorang.. Cece,macam bangga pula kan..hahaha.. 







Sepanjang hidup saya ni,macam2 jenis orang yang saya dah jumpa..Eh,macam dah lama dah hidup,hahaha.. Mungkin lepas ni mcm2 lagi orang yang saya akan jumpa.. Saya muda lagi:) tp x semestinya umur saya masih panjang kan.,ajal maut di tangan Tuhan.. Okey,continue about friendship..hehehe.. Saya bersyukur sebab Allah kurniakan saya kawan2 yang baik.. Secara tak langsung kita akan turut menjadi orang yang baik..Seriously,memang betul..haha,macam sokong pendapat sendiri pula kan.:) Sejak tadika sampai sekarang,alhamdulillah,saya dikelilingi kawan2 yang baik:) Mudah- mudahan saya akan terus dikelilingi kawan2 yang baik yang akan sentiasa bersama saya saat susah dan senang...
Saya takkan pernah lupakan semua kawan2 saya,in shaa Allah:)
Di sini saya nak appreciate semua kawan2 saya especially yang banyak bantu saya selama persahabatan kita,yang tolong saya buat something yang new bagi saya, yang sabar dalam melayan karenah saya, yang tahan dgn sikap saya, yang faham dengan gelagat saya, yang sentiasa menyokong saya, yang memberi semangat saat saya jatuh,yang berada di samping saya saat saya jatuh sakit..THANKS KAWAN..Anda begitu bermakna bagi saya.
Saya juga bersyukur sebab Allah anugerahkan kawan yang sentiasa mengingatkan saya kepadaNya walaupun saya tak pernah bertemu dengan kawan saya tu.. Dia suka bagi nasihat..maybe dia ingat itu hanya biasa tapi saya akan sentiasa ingat semua tu..Dia suka kongsi ilmu yang dia tahu,hingga banyak benda yang saya tak tau , saya jadi tahu..hahaha,memang la kan.. thanks:)
Ada jugak sorang kawan ni, kira pangkat kakak la bg saya,dia pun suka bagi nasihat dan kongsi ilmu yang dia ada.. Saya berasa sangat beruntung..
Sedikit sebanyak diorang buat saya rasa makin dekat dgn Yang Maha Esa...:).





So, saya rasa setakat ni saja untuk kali ni, jika ada salah and silap,harap maaf, sekian
assalamualaikum..

Miss Simple:)