OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Friday, August 22, 2014

AKU DAH CUKUP BAIK...

Assalamualaikum…
            

         Alhamdulillah setelah lama menyepi akhirnya berkesempatan untuk menaip satu entry.


Cuba bayangkan semasa anda nak bayar tol pakai kad touch n go tetiba baki kad tu dah habis. Lupa nak top up..Apa yang anda rasa? Gelabah?  Alaa rileks laa, kan ada pekerja kat situ. Jadi, boleh je kakak yang kerja kt situ datang dan bantu anda melepasi tol tersebut kan. Fuhhh…legaa la sikit rasanya kan.


Cuba bayangkan di akhirat kelak di tengah jutaan orang yang menunggu amalannya dihisab, di bawah terik sang matahari, tibalah giliran kita dihisab tetapi timbangan amalan kita kosong. Apa yang anda rasa? Apa yang anda akan lakukan?

Anda rasakan selama hidup di dunia:

“Aku dah cukup baik”.

“Aku yakin aku akan masuk syurga, aku kan selalu buat kebajikan.”

Tetapi kita riak dengan amalan yang dilakukan…

Eh, dia ni. Kenapa datang mintak sedekah kat sini.. Ish, bagi je la duit ni. Kalau tak bagi, orang kata apa pula. Kalau aku bagi mesti orang kata aku baik."

“Bestnya suara aku baca Al- Quran. Kalau orang dengar mesti dia kata suara aku merdu kan.”

“Eh, ada orang. Kalau aku solat cepat2 mesti dia kata aku tak kusyuk.”

“Agak- agak ada orang perasan tak aku puasa.”

Rupa- rupanya amal ibadah yang kita lakukan selama ini tidak dikira oleh Allah kerana adanya riak di hati kita. Nauzubillah min zalik. Masa tu boleh ke kita jamin yang kita masuk syurga? Tepuk dada tanya iman. Ketika itu kita tidak boleh putar masa untuk kembali ke dunia semula untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Sesiapa sum’ah (memperdengarkan amalannya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Qurtubi berkata," Hakikat riya' ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia."

Firman Allah," Maka celakalah bagi orang- orang yang solat, iaitu orang- orang yang lalai dari solatnya. Mereka yang mengerjakan kebaikan dengan riak." (107: 4-6)



Oleh itu, janganlah kita riak dengan amalan yang kita lakukan kerana belum tentu semua amalan yang kita lakukan diterima Allah. Lakukan dengan hati yang ikhlas dan mohonlah kepada Allah dengan kerendahan hati agar amalan-amalan kita diterima dan diredhaiNya.

Rasulullah SAW bersabda," Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata- mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An Nasa'i)

Setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ini..
Sekian :)

No comments:

Post a Comment