OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Monday, January 13, 2014

INI SEJARAH KITA - intro 1

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? post kali ni tiba2 tergerak hati untuk berkongsi sesuatu yang saya dapat semasa program ISK baru2 ni.. ISK tu maksudnya Ini Sejarah Kita..salah satu daripada pengisian dalam program tu adalah muqaddimah kepada Ini Sejarah Kita iaitu ANALOGI BOLA BESI..first time dengar tu,apa kaitan analogi bola besi tu dengan diri kita??




okay,sekarang tengok pada bola besi tu..ada tiga lapisan..lapisan yang paling luar adalah perlakuan (luaran), lapisan kedua adalah pemikiran (perasaan,emosi) dan lapisan ketiga adalah hati (matlamat)..tau tak yang lapisan ketiga tu adalah teras kepada lapisan yang lain..dan lapisan ketiga tu sangat penting sebab dia boleh mempengaruhi lapisan2 lain..tp, malangnya ramai orang yang pateri hati dia sehingga dia lupa apa matlamat sebenar dia kt dunia ni..dan kebanyakan mereka akan set kan matlamat mereka untuk duniawi semata mata..contohnya,nak dapat straight A in exam, nak jadi kaya, nak melancong ke seluruh negara la..

okay,contoh la kan, ada la seorang lelaki ni nama Mamat (bukan nama sbnr), dia dh set kan dalam hati dia yang matlamat dia adalah nak jadi kaya dalam masa 35 tahun..jadi bila dia dh set kan matlamat dia macam tu,pemikiran dia msti asyik fikir macam mana nak cari duit, apa strategi dia..lepas tu, perlakuan dia,mesti dia akan cari byk kerja yang boleh buat dia kaya,betul tak?? sebab tu la saya kata yang HATI merupakan teras lapisan yang akan mempengaruhi lapisan yang lain iaitu PEMIKIRAN dan PERLAKUAN..Andai kata si mamat ni meninggal dunia sebelum dia sempat mencapai matlamat dia iaitu nak jadi kaya, tak rasa ke yang hidup dia sebelum ni sia2 je?? tercapai tak matlamat yang Mamat nak?? tentulah tak kan..jadi, dia mati sia-sia..dunia pn tak dapat,akhirat pun tak dapat..betul ke itu adalah matlamat sebenar hidup Mamat??

sebenarnya matlamat hidup kita ada disebut dalam al-Quran:

Al Baqarah : 30



Az Zariyat : 56


jadi, kita betulkan balik matlamat kita, siapa sebenar kita, dan apa sebenarnya yang kita inginkan dalam kehidupan yang singkat ini..tujuan hidup kita yang sebenar adalah kita inginkan kejayaan di dunia dan di akhirat.. jadi,betulkan balik hati (matlamat) kita bahawa kita adalah sebagai khalifah di bumi ini dan sebagai hambaNya, bila kita betulkan hati kita, sudah tentu kita akan selalu fikirkan Allah, dan kita akan sentiasa melakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang..sebab hati kita hanya pada Allah..sebelum ni saya ada cakap yang hati lah yang mempengaruhi pemikiran dan perlakuan kita..jangan pateri hati kita sehingga kita tidak nampak fitrah sebenar hidup kita..

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah dalam kebaikan, maka Allah akan beri kefahaman dalam ad-Din".

sebenarnya, ada banyak lagi yang saya dapat, tapi in shaa Allah, saya akan sambung pula pada post yang seterusnya,..cubalah renung2 kan apa yang cuba saya kongsikan..sekiranya saya tersalah tulis, betulkan lah sebab yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu salah saya sendiri..macam 'cliche' je kan ayat last tu..hehe..

sekian, Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment