OLLA ^.^ Terima Kasih kerana sudi melawat blog saya, Enjoy your reading :)

Monday, June 17, 2013

Perihatinkah Kita???

Assalamualaikum....

 Hati ini tiba2 terdetik untuk membaca isu tentang rakyat Syria yang menderita berada di bawah pemerintahan keluarga Al-Assad.. Sayu hati ni bila membaca tentang penderitaan rakyat Syria dek kerana pemerintah itu sendiri.. Kejamnya tindakan keluarga Al Assad sehingga sangup membunuh nyawa yang tidak berdosa.. Tiba2 saya terfikir berapa ramaikah rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang perihatin terhadap isu ini.. Memang ada yang mengambil berat tapi yang sedihnya ada juga yang tidak tahu langsung mengenai isu ini.. Mafhum Hadis Nabi SAW" Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan saudaranya yang lain, maka ia bukanlah dari golonganku"
dan juga, dalam surah al hujurat ayat 10 "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, ...Saya hanya manusia biasa dan mungkin banyak lagi yang saya tak tau mengenai saudara se-Islam di negara2 lain..Saya juga tidak akan mengetahui tentang isu ini jika Allah tidak gerakkan hati saya untuk membaca mengenai isu ini.. Mungkin apa yang saya hanyalah serba sedikit mengenai penderitaan mereka.. Untuk mengetahui kisahnya, saya ada sharekan link di bawah.. Mungkin ada yang telah membacanya kan.. Sekadar untuk perkongsian apa yang telah saya baca.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17194.0

Cuba bayangkan bagaimana perasan kita berada di tempat mereka.. Pasti tiap2 hri berada dalam ketakutan kan?? Saya berasa sedih, saya tertanya2 "apakah sumbangan aku untuk umat Islam?", "apakah aku hanya mampu berpeluk tubuh di saat saudara se-Islamku dianiayai,dibunuh,diperkosa oleh mereka yang tiada perikemanusiaan?", "macam mane nk bantu diorang?".. Marilah kita berdoa semoga penderitaan mereka berakhir dengan segera.. Doa kan senjata orang mukmin ^.^ kerana hanya itu yang mampu saya lakukan sekarang ni..

Akhir kata daripada saya,saya ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya jika ada kesalahan dalam kenyataan di atas mahupun ada tersinggung mana2 pihak.. Sekian, wassalam ^.^

No comments:

Post a Comment